Anjung Kaunseling Keluarga (AKK)
Bantuan Kaunseling Kepada Keluarga B40
Perubahan Bermula Dari Keluarga
Anjung Kaunseling Keluarga (AKK) ialah inisiatif kerjasama antara Yayasan Ikhlas dan Persatuan Kaunseling Keluarga Kajang, ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2023.
Objektif utamanya adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling yang berkualiti dan mampu milik, khususnya kepada golongan B40 dan masyarakat umum yang memerlukan sokongan emosi dan psikologi
Objektif & Misi AKK
- Menjadi institusi kaunseling berketerampilan di Malaysia menjelang 2026.
- Melestari kesejahteraan keluarga Malaysia melalui sokongan psikososial yang menyeluruh.
- Mengurangkan stigma terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.
Perkhidmatan yang Ditawarkan
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Pasangan & Perkahwinan
- Kaunseling Keluarga
- Kaunseling Remaja
- Kaunseling Kerjaya
- Kaunseling Kesihatan Mental
Selain itu, AKK juga menawarkan pendekatan kaunseling seperti Art Therapy, Sandtray Therapy, dan pelbagai ujian psikometrik.
Sumbangan anda sedikit sebanyak akan membantu kos operasi AKK untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.
“Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Teruskan menyumbang dan terima kasih atas sumbangan anda.
Setiap sumbangan anda tertakluk kepada persetujuan di bawah:
1) Saya bersetuju mengamanahkan dana ini kepada Yayasan Ikhlas untuk projek yang terlibat meliputi agihan, pengurusan dan pemasaran
2) Saya bersetuju mengamanahkan 15% dana ini kepada Yayasan Ikhlas untuk projek-projek kemanusiaan lain
YAYASAN IKHLAS (PPAB-09/2009)