IFTAR KOPAK dan Bicara Bitcoin di era AI
Sesi kolokium ringkas bersama pakar-pakar teknologi dan berlatarbelakangkan akademik mengenai industri monetari dan kewangan terpencar terkini, dan IFTAR RAMADAN pertama anjuran bersama Koperasi Pakar Bitcoin Bhd (dalam Cadangan Penubuhan) dan SenangBit -- Rabu, 26 MAC 2025 (3:30 petang - 8:30 malam): Tiket penyertaan CUMA BERMULA RM 59.99 (dan tambah cuma RM 50 untuk peserta berikutnya kalau berkumpulan) UNTUK PENGESAHAN AWAL sehingga Ahad, 23 MAC 2025 sahaja.
Revolusi sedang berlangsung. Industri 4.0 dan perubahan besar dasar geopolitik boleh dipantau melalui status terkini ekonomi dan strategi signifikan:-
GAMBAR ASAL OLEH SENANGBIT DARI HOTEL DI MEDAN TUANKU, KUALA LUMPUR (JANUARI 2025).
- Di Amerika Syarikat, Presiden Trump antaranya telah memulakan perang tariff global, gesa pembubaran Jabatan Pendidikan, dan tandatangan Perintah Eksekutif (EO) untuk wujudkan Rizab Strategik Bitcoin Kebangsaan, serta cuba mengambilalih kuasa Rizab Persekutuan (US Federal Reserve), "bank pusat" negara terbabit yang bertanggungjawab untuk dasar monetari mata wang dominan dunia, Dolar AS (USD)., Trump sendiri ada menerbitkan token kripto "meme" TRUMP dan berikutnya bersandarkan Wanita Pertama, MELANIA pada Januari lalu.
- INFLASI: Di Amerika Latin, beberapa negara menghadapi inflasi tahunan ekstrim sebesar ratusan peratus khususnya di Venezuela dan Argentina, dengan Colombia, Surinam dan Haiti turut terkesan dengan inflasi dua digit sehingga lebih 50% setahun, berbanding tak lebih 5% untuk kebanyakan negara Eropah (kecuali Turkey dengan lebih 44%! setakat Disember 2024, dan beberapa lain seperti Romania dan Macedonia Utara juga terkesan dengan lebih 5.5%). Afrika juga tak terkecuali, dengan Zimbabwe masih merekodkan inflasi terbesar melebih 500%, dengan Sudan, Sierra Leone, Sudan Selatan, Ghana, Mesir dan Nigeria juga menruncingkan. ASEAN tak terlepas: Lao PDR dan Myammar tergolong dalam 20 negara dengan inflasi terburuk dunia.
- EKONOMI: Negara jiran terdekat Malaysia, Singapura merekodkan KDNK per kapita antara empat tertinggi dunia, tapi Malaysia masih jauh nak sertai golongan "top-20", yang turut menyertakan Macao SAR, Hong Kong SAR dan Qatar di Asia serta Kanada (antara dengan populasi hampir sama negara kita).
- TEKNOLOGI: Sejurus kembali ke Rumah Putih Januari lalu, Trump turut mewujudkan jawatan Crypto & AI Csar dalam pentadbiran terbaharu beliau, dan mengumumkan rancangan pelaburan $500 billion untuk infrastruktur kecerdasan buatan (AI), selain melantik individu terkaya dunia, Elon Musk untuk memimpin jabatan baharu DOGE untuk mempertingkat keberkesanan kerajaan dan mengurangkan defisit belanjawan secara drastik, yakni sehingga bertrllion dolar jumlahnya. Hari ini (17 MAC 2025), Trump turut mencalonkan Gabenor Federal Reserve, Michelle Bowman sebagai Naib Pengerusi Penyeliaan, untuk mengurangkan regulasi perbankan, seperdti diumumkan di platform media sosial milik beliau, Truth Social.
- PERANG dan langkah untuk keamanan melibatkan Rusia di Ukraine, Israel di Gaza, dan oleh AS terhadap Hamas dan Houtis antaranya sedang dalam perkembangan kritikal.
- PEKERJAAN: Revolusi Industri 4.0 memperkenalkan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, dan Internet of Things (IoT) yang meningkatkan automasi dalam pelbagai sektor, termasuk manufaktur, perkhidmatan, dan logistik. Walaupun ini meningkatkan produktiviti dan kecekapan, ia juga menggantikan pekerjaan rutin yang sebelum ini dilakukan oleh manusia, seperti kerja kilang atau perkhidmatan pelanggan. Di banyak negara, ini menimbulkan kebimbangan tentang kadar pengangguran yang meningkat, terutama bagi tenaga kerja berkemahiran rendah.
- KEMAHIRAN DIGITAL: Perkembangan pesat teknologi dalam Revolusi Industri 4.0 menuntut tenaga kerja yang mahir dalam bidang seperti analisis data, pengaturcaraan, dan pengurusan sistem digital. Namun, ramai pekerja sedia ada tidak mempunyai kemahiran ini, terutama di negara sedang membangun. Sistem pendidikan juga sering ketinggalan dalam menyediakan latihan yang relevan dengan keperluan industri terkini.
- KESELAMATAN SIBER DAN PRIVASI DATA: Dengan peningkatan konektiviti melalui IoT dan sistem berasaskan awan (cloud), risiko serangan siber menjadi lebih besar. Data peribadi dan perniagaan yang disimpan dalam talian menjadi sasaran penjenayah siber, manakala pelanggaran data boleh menyebabkan kerugian kewangan yang besar serta kehilangan kepercayaan pengguna.
- Transformasi RANTAIAN BEKALAN Global: Teknologi seperti percetakan 3D dan analitik data membolehkan pengeluaran lebih dekat dengan pengguna akhir (nearshoring), mengurangkan kebergantungan kepada rantaian bekalan antarabangsa yang panjang. Walau bagaimanapun, ini mengubah corak perdagangan global dan boleh menjejaskan ekonomi negara yang bergantung kepada eksport barang mentah atau buruh murah.
- MODEL PERNIAGAAN baharu seperti ekonomi perkongsian (sharing economy) dan platform digital (contoh: edagang). Ini mencabar perniagaan tradisional yang lambat beradaptasi, sambil mewujudkan persaingan sengit antara syarikat teknologi besar dan pemain baharu.
Ini antara isu-isu kritikal yang akan mempengaruhi trend perkembangan ekonomi mahupun sosial di seluruh dunia dan pastinya juga Malaysia dalam arus globalilsasi. Persoalannya, apa kaitan dengan bitcoin pula? Bolehkah ianya menjana permodalan baharu RM1 trillion berikutnya, untuk menyumbang kepada pertumbuhan progresif, selari dengan kadar pembangunan teknologi melibatkan AI dan teknologi "blockchain" misalnya, sebagai jantung revolusi industri 4.0?
Sesi kolokium ringkas bersama pakar-pakar teknologi dan berlatarbelakangkan akademik mengenai industri monetari dan kewangan terpencar terkini, serta MAJLIS BERBUKA PUASA RAMADAN pertama anjuran bersama Koperasi Pakar Bitcoin Berhad (dalam Cadangan Penubuhan) dan SB by Senang Network (est. 2016).
TARIKH: Rabu, 26 MAC 2025 @ 25 Ramadan 1446H
MASA: 3:30 petang - 8:30 malam
LOKASI: JAAII KL Thai Food, 6 Plaza Damans
ara, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
ANJURAN: Jawatankuasa Koperasi Pakar Bitcoin Berhad (dalam cadangan penubuhan)
GAMBAR: Moreh Ramadan anjuran komuniti SenangBit bersama Bitcoin Malaysia (2017)
ATURCARA/AKTIVITI TENTATIF:-
3:30 PM: Ketibaan dan PENDAFTARAN peserta
4:00 PM: BICARA 1: “Cerita Permodalan Digital, Kecerdasan Buatan (AI) dan Perundangan Komersial” — Nas, SenangBit
4:30 PM: Solat ASAR dan Perangkaian (Ukhwah)
5:00 PM: Ucapan aluan dan PENGENALAN oleh wakil Jawatankuasa Penaja Koperasi Pakar Bitcoin Berhad - Ameer
5:15 PM: BICARA 2: “Bitcoin Merentas Budaya dan Bahasa di Rantau ASEAN” - Ar. Ahmad Najib, Nusantara Academy of Development, Geocultures & Ethnolinguistics (NADGE)
5:45 PM: “Introduction to Internet Computer Protocol” - Aaron Ting, ICP Hub-Singapore
6:00 PM: Forum AMA - Sesi soal jawab dan perbincangan lanjut industri.
Moderator: Nas, KoPak/SB
AHLI PANEL:-
1. YBhg Dato’ Mohammad Yazid Haji Daud, DAM Technologies Sdn Bhd (Pengerusi Eksekutif)
2 Aaron Ting, ICP Hub-Singapore (Pengasas Bersama)
3. Ar. Ahmad Najib Ariffin, NADGE (Pengarah)
4. Harpreet Maan Singh, ACCESS Blockchain Association Malaysia (Presiden)
6:45 PM: Rehat & Perangkaian
7:15 PM: Doa berbuka puasa dan menikmati hidangan Iftar
8:00 PM: Solat MAGHRIB
8:15 PM: Penutup, ucapan penghargaan dan CABUTAN BERTUAH — DITAJA OLEH CryptoBilis/CB International.
8:30 PM: Bersurai untuk rehat, tarawih dsb.
** tertakluk kepada perubahan
## Surau ada di bangunan sebelah, kurang seminit jaraknya dari restoran.
GAMBAR: Seminar RM1 Juta dengan Bitcoin (JANUARI 2025) -- perkongsian tentang "hardware wallets" oleh CryptoBilis, dan "perlombongan bitcoin dan kripto" oleh Alchemist Miner.
GAMBAR: Kelas Masterclass Kewangan Terpencar "DeFI" (2021) dihoskan Chef Mashad aka "Budak Kripto".
Cadangan Sajian Iftar Warisan Oleh Katerer - JAAII KL/Maxwell Avenue Sdn Bhd:-
GAMBAR HIASAN: Pempengaruh islamik dari Kazakhstan di Kuala Lumpur, Asel Mustafa Eva.
- Nasi putih
- Tom Yum (sup pedas) makanan laut
- Ikan Masak Stim Tiga Rasa
- Telur (omelette) Thai
- Ayam panggang
- Kangkung Belacan
- Udang Mentega (Butter)
- Kam Heong Lala
- Kurma
- Sirap Selasih
Syarikat restoran yang menyediakan seluruh juadah santapan di atas adalah milik Muslim. Gambar bersama model (hiasan) adalah menu sebenar (temasuk tambahan, jika perlu).
Jawatankuasa Hos/Penganjuran:-
GAMBAR: Sesi kopi bitcoin di Lorong Medan Tuanku 1, Chow Kit (26 JAN 2025)
- Ameer
- Anuar
- Munir Rushdy
- Nadge
- Nas