Loading....

TUNAI ZAKAT BERSAMA AMIL SRII AR RAUDHAH

TUNAI ZAKAT BERSAMA AMIL SRII AR RAUDHAH

Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar Raudhah mengalu-alukan orang ramai membuat bayaran zakat bersama kami


TUNAIKAN ZAKAT ANDA BERSAMA KAMI!


“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” Surah At-Taubah (ayat 103).


Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting. Hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad (القطع) dari sudut petunjuk (الدلالة) dan sabitnya. Ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari sudut agama. Oleh itu, hukum orang yang menafikan wajib zakat adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah SWT:


وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.


Kami daripada Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar Raudhah (Raudhah Islamic School) telah diterima menjadi penolong amil bagi zakat Selangor. Oleh itu, kami berbesar hati sekiranya tuan/puan sudi menunaikan zakat masing-masing bersama kami.


Kelebihan yang tuan/puan akan perolehi sekiranya membayar zakat bersama kami :


  1. Rebat cukai individu 100%
  2. Rebat cukai perniagaan 2.5%
  3. Bayaran dibuat terus ke Lembaga Zakat Selangor
  4. Agihan terus ke Asnaf-Asnaf Selangor


Dapatkan khidmat penolong amil kami untuk memproses bayaran zakat, kemudian klik PROCEED di bawah untuk membuat bayaran.

Target: RM 250,000.00

Total collected until now : RM 147,019.70

58.81%


MYR

Subtotal Edit


Total To Pay