Loading....

TAJAAN INFAQ RAMADAN 2025

TAJAAN INFAQ RAMADAN 2025

Pondok Pengajian Islam (PPI) merupakan satu Institusi Pendidikan Islam dibawah seliaan Islamic Outreach ABIM Kelantan (IOAK) yang menfokuskan pendidikan asas Islam kepada anak anak orang asli dan saudara baru dan berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). PPI amat mengalu alukan kepada semua dermawan untuk bersama memberi sumbangan dan tajaan bagi Program Ihya Ramadah PPI bagi tahun 2025.


Tajaan Infaq Ramadan:

Sebarkan Kebahagiaan, Rebut Pahala Berlipat Ganda



‎مَنْ ذَا ٱلَّذِى يُقْرِضُ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًۭا فَيُضَـٰعِفَهُۥ لَهُۥٓ أَضْعَـٰفًۭا كَثِيرَةً


"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, lalu Allah melipatgandakannya berkali-kali?"

(Surah Al-Baqarah: 245)


Pelajar Anak - Anak Orang Asli & Saudara Baru Menanti Bantuan Anda


Seramai 35 orang pelajar anak-anak orang asli dan saudara baru sedang belajar asas pendidikan islam di mana ia dibimbing oleh 5 orang tenaga pengajar di Pondok Pengajian Islam.


Bayangkan kegembiraan mereka ketika berbuka puasa dengan juadah sederhana, hasil sumbangan anda. Dalam suasana Ramadan yang mulia ini, mereka belajar berpuasa, bertadarus, dan mendalami makna pengorbanan. Namun, di sebalik senyuman mereka, ada keperluan yang mendesak.


Bagaimana Anda Boleh Membantu?


1.Tajaan Iftar & Moreh:

RM520 sehari (RM13 x 40 orang pelajar dan guru).

2.Tajaan Sahur:

RM280 sehari (RM7 x 40 orang pelajar dan guru).

3.Sumbangan Barangan:

Beras, minyak masak, ayam, ikan, sayur-sayuran, dan keperluan asas lain.


Aktiviti Ramadan di Pondok Pengajian Islam


Sepanjang bulan Ramadan, kami mengadakan program khas untuk pelajar:

1.Tadarus Al-Quran

2.Qiamullail

3.Majlis Tahlil

4.Solat Tarawih

5.Bengkel Ramadan


Setiap ringgit yang anda infaqkan akan menjadi asbab keberkatan hidup anda di dunia dan akhirat.


Sumbangan Anda Bermakna, Kehidupan Mereka Terubah


Adakah anda tahu bahawa dengan hanya RM13, anda sudah mampu menaja juadah berbuka untuk seorang pelajar? Atau dengan RM520, anda dapat mengisi juadah berbuka dan moreh untuk semua 40 pelajar dan guru kami?


Kecil bagi kita, tetapi sangat besar maknanya bagi kami.


Mungkin di dunia ini mereka tidak dapat membalas jasa anda, tetapi di akhirat, Allah SWT akan menggantikannya dengan pahala yang tidak terhingga.


Cara Menyalurkan Sumbangan


Sumbangan anda boleh disalurkan melalui dua kaedah :


1.Sumbangan ke Akaun Bank RHB :

25302500019933 (Remaks: TajaanRamadan).


2.Secara Online dengan mengisi borang dibawah:

a. Pilih amaun atau isi jumlah sumbangan yang ingin disumbangkan

b. Klik "Proceed:

b. Ikut langkah arahan yang akan diberikan


Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi :

http://wasap.my/60164212282 (PEJABAT PPI)

09 - 7883878 (UNTUK WAKTU PEJABAT SAHAJA)

http://wasap.my/601137513327 (MUDIRAH PPI)



Jangan Tunggu Lagi


Hari ini, anda berpeluang untuk menjadi sebab mereka menikmati Ramadan yang lebih bermakna. Jadilah insan yang memberi senyuman kepada mereka, membuka pintu keberkatan untuk keluarga anda, dan menjadikan Ramadan ini lebih istimewa buat semua.


"Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya." - Riwayat Muslim


Sumbang sekarang dan rebut pahala tanpa batasan!



FACEBOOK PONDOK PENGAJIAN ISLAM : TEKAN SINI

TIKTOK PONDOK PENGAJIAN ISLAM : TEKAN SINI


KAMI JUGA MENGALU ALUKAN SUMBANGAN UNTUK TAJAAN MAKANAN SECARA BULANAN. KLIK LINK DIBAWAH :


TAJAAN MAKANAN PPI



Pondok Pengajian Islam

Lot 641, Kampung Dendang Padang Sepulih, Jalan Kuala Krai 16450 Ketereh, Kelantan






Loading....

Ends 2 months ago

Deadline Reached

Thank you for your support