MCG Pembinaan Masjid
Bina Rumah Allah, Hidupkan Cahaya Islam
Mereka Juga Mengimpikan Sebuah Masjid
Muslim Care Global (MCG) komited dalam usaha membina masjid di kawasan yang memerlukan, agar lebih ramai saudara Muslim dapat menikmati kemudahan beribadah, menimba ilmu agama dan mengimarahkan kehidupan berlandaskan Islam.
Bagi kita, masjid mungkin mudah ditemui di setiap kawasan. Kita dapat menunaikan solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu dan berkumpul bersama masyarakat Islam dalam suasana yang selesa.
Namun, bagi sesetengah komuniti Muslim di kawasan pedalaman dan tempat yang serba kekurangan, memiliki sebuah masjid yang sempurna masih menjadi impian. Mereka memerlukan ruang untuk bersujud kepada Allah, tempat anak-anak mempelajari al-Quran dan pusat komuniti untuk menyatukan umat Islam.
Melalui kempen MCG Pembinaan Masjid, marilah kita bersama-sama merealisasikan impian ini. Setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi sebahagian daripada usaha membina rumah Allah, menyediakan ruang ibadah dan menyemarakkan syiar Islam untuk generasi hari ini dan akan datang.
Mungkin kita tidak berpeluang membina masjid dengan tangan sendiri, tetapi melalui sumbangan kita, insya-Allah kita dapat menjadi sebahagian daripada pembinaannya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Teruskan menyumbang melalui kempen MCG Pembinaan Masjid. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan membawa manfaat kepada umat Islam.
Setiap sumbangan anda tertakluk kepada persetujuan di bawah:
1) Saya bersetuju untuk mengamanahkan dana sumbangan ini kepada Muslim Care Global bagi pelaksanaan projek pembinaan masjid, termasuk kos pembinaan, agihan berkaitan, pengurusan dan pemasaran.
2) Saya bersetuju bahawa 15% daripada dana sumbangan ini boleh diperuntukkan kepada projek-projek kemanusiaan Muslim Care Global yang lain.
Select your preferred amount
Subtotal Edit
Total To Pay