Loading....

MCG Kasih Ramadan

MCG Kasih Ramadan

Kongsikan Kemanisan Ramadan, Cipta Kenangan Buat Mereka


Mereka Juga Ingin Merasai Indahnya Ramadan


Muslim Care Global (MCG) ingin membawa kegembiraan Ramadan kepada golongan yang memerlukan, agar mereka turut dapat merasai nikmat dan keberkatan bulan yang penuh kemuliaan ini.


Di saat kita dapat berbuka puasa dengan hidangan yang pelbagai bersama keluarga tersayang, masih ada saudara kita yang terpaksa menjalani Ramadan dengan serba kekurangan. Ada yang mengharapkan hidangan untuk berbuka, ada yang memerlukan bantuan untuk memenuhi keperluan harian, dan ada juga yang hanya mengimpikan suasana Ramadan yang lebih bermakna.


Kita mungkin menganggap hidangan berbuka sebagai perkara biasa, tetapi bagi mereka, sebuah juadah yang dinikmati bersama mampu menghadirkan senyuman, mengubat keletihan dan mencipta kenangan indah yang sukar dilupakan.


Melalui kempen MCG Kasih Ramadan, marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki dan menyampaikan kasih sayang kepada mereka yang memerlukan, sama ada di dalam mahupun di luar negara.


Apa yang kita kongsi mungkin sederhana, tetapi kegembiraan yang kita berikan boleh membawa makna yang luar biasa.

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.”

(Hadis Riwayat al-Tirmizi)


Teruskan menyumbang melalui kempen MCG Kasih Ramadan. Semoga setiap sumbangan menjadi asbab tersebarnya kebahagiaan dan keberkatan Ramadan kepada lebih ramai insan yang memerlukan.



Setiap sumbangan anda tertakluk kepada persetujuan di bawah:

1) Saya bersetuju untuk mengamanahkan dana sumbangan ini kepada Muslim Care Global bagi pelaksanaan kempen MCG Kasih Ramadan, termasuk kos agihan, pengurusan dan pemasaran.

2) Saya bersetuju bahawa 15% daripada dana sumbangan ini boleh diperuntukkan kepada projek-projek kemanusiaan Muslim Care Global yang lain.


Select your preferred amount


MYR

Subtotal Edit


Total To Pay