Forum Perundangan pada 9 Okt 2026
Forum Perundangan: 'Waris Ada, Harta Ada: Di Mana Silapnya?' pada 9 Oktober 2026
FORUM PERUNDANGAN
WARIS ADA, HARTA ADA: DI MANA SILAPNYA?
Jawatankuasa Kecil Syariah Badan Peguam Johor dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Johor akan menganjurkan Forum Perundangan bertajuk “Waris Ada, Harta Ada: Di Mana Silapnya?”
Forum ini bertujuan membincangkan serta merungkai pelbagai kekeliruan berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka daripada perspektif Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Perbincangan ini diharapkan dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai bidang kuasa dan proses yang terlibat, selain mengetengahkan isu-isu lazim yang timbul dalam pengurusan harta pusaka yang melibatkan kedua-dua bidang kuasa tersebut.
Forum ini akan menampilkan dua orang ahli panel daripada institusi kehakiman Sivil dan Syariah yang akan berkongsi perspektif berdasarkan bidang kuasa serta pengalaman masing-masing, iaitu terdiri daripada Tuan Helmi bin Kasman, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru, dan Puan Azureen Sahira binti Sauffee Afandi, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 9hb Oktober 2026 (Jumaat)
Masa: 9:00 pagi – 12:30 tengahari (Pendaftaran bermula jam 8:30 pagi)
Tempat: Grand Paragon Hotel, Johor Bahru
Tingkat 4, Sapphire 3
18 Jalan Harimau, Taman Century,
Johor Bahru
Harga: RM80-00 seorang
Mata CPD: 3.5
Select your preferred amount
Amount Edit
Subtotal
Total To Pay