Loading....

Ramadan 2026

Ramadan 2026

Global Aid, Global Smiles


Ramadan merupakan bulan penuh kasih sayang, keprihatinan dan tanggungjawab bersama. Melalui Global Aid, Global Smile, Iltizam Relief Society berusaha membawa bantuan dan harapan kepada komuniti yang memerlukan sepanjang Ramadan 2026.



Kempen ini bertujuan membantu 5,000 keluarga di Nepal, India, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia (Aceh), Kemboja dan Pakistan, dengan memberi tumpuan kepada anak yatim, balu, pelarian serta keluarga yang hidup dalam kemiskinan tegar. Pada kebanyakan daripada mereka, akses harian kepada makanan dan air bersih masih menjadi cabaran besar terutamanya ketika Ramadan.


Sumbangan anda akan menyediakan bantuan penting Ramadan, termasuk hidangan panas, pek makanan, bekalan air bersih yang disampaikan dengan penuh maruah dan keprihatinan.


Dengan RM160, anda boleh menyediakan Pek Makanan Ramadan untuk menyara sebuah keluarga sepanjang sebulan.

Dengan RM13, anda boleh menaja hidangan panas untuk seorang individu sepanjang Ramadan.