Loading....

Jom bayar zakat bersama CGM

Jom bayar zakat bersama CGM

Persatuan Cinta Gaza Malaysia adalah penolong amil bertauliah lantikan Lembaga Zakat Selangor.



Soalan Lazim


1. Apakah peranan CGM dalam kutipan zakat?

CGM adalah ejen kutipan zakat (Ejen Perunding) yang dilantik secara sah oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kami membantu individu dan organisasi menunaikan kewajipan zakat mereka.


2. Adakah CGM mengutip Fidyah, Sedakah, Tasfiyyah (wang tidak patuh syariah) dan Wakaf bagi pihak LZS?

Tidak, CGM tidak diberi kuasa untuk mengutip Fidyah, Sedakah, Tasfiyyah dan Wakaf bagi pihak LZS. Sila berhubung dengan LZS untuk menunaikan jenis-jenis transaksi tersebut.


Pembayaran dan Proses


3. Bagaimana cara untuk membayar zakat melalui CGM?

Anda boleh menunaikan zakat melalui cara berikut:

  1. Portal Dalam Talian: Layari https://cintagaza.my/zakat
  2. Cek: Atas nama “Lembaga Zakat Selangor.”
  3. Secara Bersemuka: Datang ke pejabat PCGM untuk bantuan pembayaran secara langsung.


4. Berapa lama pembayaran zakat saya akan diserahkan kepada LZS?

Memandangkan no. akaun 5505-1011-2286 merupakan no. akaun milik LZS, Justeru semua pembayaran akan dipindahkan secara terus ke akaun LZS tanpa melalui akaun CGM.


5. Adakah saya akan menerima resit untuk pembayaran zakat?

Ya, semua pembayaran zakat melalui CGM akan dikeluarkan resit rasmi oleh LZS. Resit ini sah untuk tuntutan rebat cukai pendapatan. Walau bagaimanapun, kami memerlukan maklumat yang lengkap seperti nama, alamat, no. kad pengenalan, no. phone dan email bagi mengeluarkan resit ini.


6. Bilakah saya akan menerima resit untuk pembayaran zakat?

Softcopy resit rasmi akan dihantar kepada anda minimum dua hari waktu bekerja setelah anda melalukan pembayaran. Resit akan dihantar melalui no. whatsapp atau email anda.


7. Adakah saya juga akan mendapat resit zakat dalam bentuk hardcopy?

Tidak, resit zakat dalam bentuk hardcopy tidak disediakan oleh LZS.


Ketidaklengkapan Maklumat & Bayaran Balik


8. Bolehkah pembayaran zakat dilakukan secara tanpa nama?

Untuk memastikan ketelusan dan pematuhan, CGM memerlukan maklumat pembayar untuk mengeluarkan resit. Mengikut procedure LZS, bagi pembayaran zakat yang ketiadaan nama, CGM perlu meletakkan nama; "Hamba Allah EP Persatuan Cinta Gaza Malaysia" sebagai nama sementara pada resit tersebut.


9. Bolehkah pembayaran zakat dilakukan secara tanpa no. K/P?

Untuk memastikan ketelusan dan pematuhan, CGM memerlukan maklumat pembayar untuk mengeluarkan resit. Mengikut procedure LZS, bagi pembayaran zakat yang ketiadaan no. K/P, CGM perlu meletakkan no. K/P; "HAEPPCGM" sebagai no. sementara pada resit tersebut.


10. Bolehkah pembayaran zakat dilakukan secara tanpa alamat rumah atau mengisi alamat secara tidak lengkap?

Untuk memastikan ketelusan dan pematuhan, CGM memerlukan maklumat pembayar untuk mengeluarkan resit. Mengikut procedure LZS, bagi pembayaran zakat yang ketiadaan alamat rumah, CGM perlu meletakkan alamat pejabat CGM sebagai alamat sementara pada resit tersebut iaitu; D-08-03, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.


11. Bolehkah sesuatu pembayaran yang telah berlaku sebelum ini dibayar balik (refund)?

Tidak, pembayaran yang dilakukan akan terus masuk ke akuan LZS. LZS tidak membenarkan sebarang refund dilakukan dan CGM tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memaksa LZS melakukan sedemikian.


12. Apakah yang akan terjadi jika terdapat pembayaran dilakukan atas nama Fidyah, Sedakah, Tasfiyyah, Wakaf atau nama-nama lain yang bukan dalam kategori zakat?

Setiap pembayaran zakat perlu diproses oleh CGM. Bagi pembayaran zakat yang dilakukan atas jenis-jenis ini, CGM akan klasifikasikannya sebagai zakat Harta.


Faedah dan Pematuhan


13. Apakah faedah menunaikan zakat melalui CGM?

  1. 100% rebat cukai pendapatan (diiktiraf oleh LHDN).
  2. Proses pembayaran yang mudah dengan pelbagai saluran.
  3. Menyokong bantuan kemanusiaan projek asnaf di Malaysia mahupun Palestin.


14. Bagaimana CGM memastikan zakat diagihkan dengan betul?

Semua zakat yang dikutip akan dimasukkan ke akaun LZS, memastikan agihan yang betul kepada asnaf yang layak mengikut hukum syarak.


Promosi dan Penyebaran Maklumat


15. Bagaimana CGM mempromosikan pembayaran zakat?

CGM mematuhi garis panduan LZS dengan menggunakan saluran komunikasi langsung seperti media sosial, WhatsApp, emel, dan acara khas. Semua bahan promosi mengikuti garis panduan penjenamaan dan kelulusan LZS.


Keselamatan dan Kerahsiaan


16. Adakah maklumat peribadi saya selamat?

Ya, CGM mematuhi garis panduan keselamatan siber yang ketat untuk melindungi maklumat pembayar. Sebarang akses tanpa kebenaran atau pelanggaran keselamatan akan dilaporkan segera kepada LZS.


17. Apa yang berlaku jika terdapat kesilapan dalam pembayaran saya?

Sila hubungi CGM dengan segera untuk bantuan. Sebarang kesilapan akan diperbetulkan dengan kerjasama LZS.


Lain-lain


18. Apa yang berlaku jika saya membayar zakat melalui ejen yang tidak sah?

Pembayaran zakat melalui ejen yang tidak sah adalah tidak sah menurut garis panduan LZS. Pastikan anda menggunakan saluran rasmi seperti CGM untuk menunaikan zakat anda.


19. Bolehkah saya membatalkan pembayaran selepas ia dibuat?

Selepas diserahkan kepada LZS, pembayaran zakat tidak boleh dibatalkan atau dikembalikan. Sila pastikan semua maklumat tepat sebelum membuat pembayaran.


20. Bagaimana saya boleh menghubungi CGM untuk maklumat lanjut?

Anda boleh menghubungi kami melalui:

Telefon: 010-544 6262

Emel[email protected]

Alamat Pejabat: D-06-01, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.


*Soalan Lazim ini akan di update dari semasa ke semasa berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh LZS

Loading....


Select your preferred amount


MYR