Loading....

PROGRAM TAJAAN PELAJAR ASNAF & B40 - MBR

PROGRAM TAJAAN PELAJAR ASNAF & B40 - MBR

Program Tajaan Yuran Pengajian Setahun Bagi Golongan Pelajar Asnaf & B40 Madrasah Baitur Rahmah.


Madrasah Baitur Rahmah (MBR) merupakan sebuah pusat pendidikan yang berperanan sebagai pusat komuniti dan projek khidmat sosial.


Visi utama kami adalah melahirkan insan yang terdidik sepenuhnya di atas landasan Al-Quran dan As-Sunnah melalui integrasi Wahyu, Turath, dan Akal.


Sejak penubuhannya, MBR telah berkembang pesat daripada sebuah kelas petang sehingga kini mendidik seramai 187 orang murid dengan rekod kecemerlangan melahirkan 15 orang Huffaz dalam tempoh 2024–2026 serta meraih pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan.


Misi Khidmat Sosial Kami Sebagai sebuah projek khidmat sosial yang dikendalikan oleh Persatuan Baitur Rahmah Kuala Lumpur (PBRKL), kami percaya bahawa kemiskinan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pendidikan Al-Quran yang berkualiti.


Pada masa ini, pihak madrasah menanggung bebanan kewangan sebanyak RM11,500 sebulan (sekitar RN138,000 setahun) untuk membantu 32 orang pelajar daripada golongan Asnaf dan keluarga kurang berkemampuan (B40) agar mereka dapat terus menuntut ilmu tanpa dibebani yuran pengajian.


Program Tajaan Pelajar Kami mengalukan sumbangan daripada para muhsinin untuk menyokong Program Tajaan Asnaf dan B40. Tajaan ini dikhususkan bagi pelajar yang menunjukkan disiplin tinggi dan komitmen jitu untuk berjaya dalam pelajaran mereka di Madrasah Baitur Rahmah.


Nilai Tajaan merangkumi yuran pengajian, makan/minum 4 kali sehari, dan kemudahan asrama:

  1. RM6,600 / 1 tahun bagi seorang pelajar;
  2. RM3,300 / 6 bulan bagi seorang pelajar;
  3. RM1,650 / 3 bulan bagi seorang pelajar;
  4. RM550 / 1 bulan bagi seorang pelajar.


Turut dialu-alukan sebarang sumbangan umum untuk golongan Asnaf dan B40 bermula serendah RM10 sahaja.


Sebarang persoalan berkenaan program tajaan ini, boleh hubungi:


Ustaz Abu Asma' (Mudir MBR): +6017-369 3306

Ustaz Abu Miqdad (Timbalan Mudir): +6016-233 2477

Select your preferred amount


MYR

Subtotal Edit


Total To Pay