TABUNG BANJIR MRA 2025/2026
Malaysian Relief Agency kini sedang giat menggerakkan Misi Bantuan Banjir bagi membantu ribuan mangsa yang terkesan di seluruh negara susulan Musim Monsun Timur Laut. Ayuh bersama MRA menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Malaysian Relief Agency (MRA) kini sedang giat menggerakkan Misi Bantuan Banjir bagi membantu ribuan mangsa yang terkesan di seluruh negara susulan Musim Monsun Timur Laut 2025/2026.
Usaha ini digerakkan pasukan petugas MRA yang berada di lapangan di wilayah Utara, Pantai Timur dan Selatan Semenanjung bagi memastikan pelbagai bentuk bantuan kecemasan dapat disalurkan dengan segera.
Antara bantuan disalurkan termasuk:
🟣 Bantuan perubatan
🟣 Pek makanan
🟣 Kit Kebersihan
🟣 Set tilam
🟣 Pakaian baharu
Selain bantuan kecemasan, MRA turut akan melaksanakan kerja-kerja pemulihan pasca banjir meliputi baik pulih rumah, pendawaian dan elektrik, serta kerja-kerja pembersihan bagi membantu mangsa memulakan semula kehidupan mereka.
Sumbangan anda amatlah bermakna kepada mereka yang memerlukan. Kami mengucapkan ribuan TERIMA KASIH atas sumbangan dan sokongan dari pihak anda.
'SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH YANG PALING BERMANFAAT KEPADA MEREKA YANG LAIN'
Select your preferred amount
Subtotal Edit
Total To Pay