Loading....
Double-click to zoom
Dana Sokongan Komuniti
Dana Sokongan Komuniti untuk Pengurusan Pakaian Terpakai di komuniti anda. Harga tertera adalah sokongan untuk satu (1) kilogram baju diuruskan oleh LIPAN Integrated Recycling Technologies PLT.
RM 3.00
Product Details
Program Pengurusan Pakaian Terpakai (ECOFAB) merupakan salah satu inisiatif daripada LIPAN Integrated Recycling Technologies PLT (LIPAN). Inisiatif ini bertujuan bagi memastikan setiap daripada pakaian terpakai yang tidak lagi diingini oleh tuan asal mereka mendapat peluang kedua sama ada untuk dipakai semula atau diproses menjadi bahan mentah industri dan yang paling utama bagi mengelakkan pakaian-pakaian ini dibuang merata-rata dan mencemarkan alam atau berakhir di tapak pelupusan.
Bermula pada Mac 2022, LIPAN telah menjalankan pelbagai kempen pengurusan pakaian terpakai di Selangor, Perak, Kelantan dan Johor. Dari satu kempen ke satu kempen, kami melihat sendiri betapa besarnya keperluan masyarakat terhadap sistem pengurusan pakaian terpakai yang lebih teratur, bertanggungjawab dan berimpak.
Sehingga Disember 2025, kira-kira sejumlah 1,500 tan (15,000 kg) pakaian terpakai telah berjaya diuruskan melalui program-program yang kami jalankan. Pada peringkat awal, sebahagian besar kos operasi ini kami tanggung di bawah peruntukan program pendidikan, kesedaran komuniti dan inisiatif lapangan yang LIPAN sendiri laksanakan.
Apabila skala operasi LIPAN semakin berkembang, pengurusan pakaian terpakai bukan sekadar kerja kutip dan pindah barang. Ia melibatkan kerja-kerja logistik, tenaga kerja, pengasingan, kawalan kualiti, penyimpanan dan penyaluran semula yang memerlukan kos sebenar untuk diuruskan dengan baik.
LIPAN kini mengenakan caj bagi setiap (kg) pakaian terpakai yang dihantar kepada kami.
Namun, LIPAN juga sedar yang tidak semua mampu menanggung kos pengurusan pakaian sepenuhnya. Oleh itu, marilah bersama-sama menyokong DANA SOKONGAN KOMUNITI, agar servis ini boleh terus diakses oleh mereka yang memerlukan.
Kerana bagi LIPAN, pengurusan pakaian terpakai yang baik adalah tanggungjawab kepada alam sekitar dan generasi masa hadapan.
You may also like
No suggested product