
THE TRUSTEES OF HIDAYAH C...
01140705399 | [email protected]
INFAK PDPM
Projek Pusat Dakwah & Pembangunan Mualaf (PDPM) Wilayah Utara merupakan inisiatif Hidayah Centre Foundation (HCF) dalam memperkukuh usaha dakwah serta menyediakan ruang bimbingan dan pembangunan berterusan untuk mualaf di kawasan utara Semenanjung Malaysia.
OBJEKTIF PROJEK
- Menyediakan pusat komuniti bagi aktiviti dakwah dan sokongan mualaf.
- Membina ekosistem dakwah yang lebih sistematik dan mampan.
- Menjadi pusat pengumpulan, latihan dan sokongan komuniti Mualaf setempat.
- Memberi ruang kondusif kepada mualaf untuk mendalami Islam secara berterusan.
LOKASI
📍 Bukit Madrasah, Wang Perah, Kubang Pasu, Kedah Darul Aman
KOMPONEN UTAMA PUSAT
- dewan seberguna
- gelanggang badminton
- pusat komuniti
- kelas-kelas pengajian
- surau
- pejabat
- chalet keluarga
- pusat riadah
- pusat bisnes komuniti Kampung Wang Perah
KEISTIMEWAAN PROJEK INI
- Fokus kepada pembangunan mualaf
- Infrastruktur dakwah jangka panjang
- Berlandaskan pendekatan kasih sayang dan rahmat Islam
- Disokong oleh komuniti setempat dan NGO
PERKEMBANGAN TERKINI
Projek telah bermula dengan kerja-kerja pembersihan dan meratakan tapak. Majlis simbolik pecah tanah telah diadakan dengan kehadiran pewakaf tanah, pegawai HCF serta rakan-rakan NGO yang turut menyokong usaha ini.
SASARAN SUMBANGAN
- Kerja pembangunan awal tapak
- Kos pembinaan bangunan utama
- Peralatan dan kelengkapan kelas
- Kos operasi permulaan pusat
Loading....
MYR