Loading....

INFAK IMCC

INFAK IMCC

Integrated Masjid and Community Centre (IMCC) merupakan projek inisiatif Hidayah Centre Foundation (HCF) yang bertujuan membantu dan membangunkan komuniti asnaf dan mualaf melalui penyediaan infrastruktur yang sesuai dengan keperluan pembangunan insan mereka.


🎯 Objektif

HCF komited menyempurnakan projek IMCC ini bagi memberi manfaat besar kepada mualaf dan penduduk sekitar Kampung Nantabakan, Sabah – khususnya dalam aspek:

  1. Solat & ibadah berjemaah
  2. Belajar dan memahami Islam
  3. Mengadakan aktiviti kemasyarakatan
  4. Menjalin hubungan erat antara masyarakat Islam dan mualaf


📍 Lokasi: Kampung Nantabakan, Keningau, Sabah


📌 Fasa Projek

✅ Fasa 1: Masjid (SIAP)

  1. Digunakan sejak penghujung tahun 2021
  2. Kos pembinaan: RM100,000
  3. Mula dimanfaatkan untuk solat berjemaah, kelas agama, dan aktiviti dakwah.


✅ Fasa 2: Rumah Imam dan Bilal (SIAP)

  1. Projek pembinaan rumah imam dan bilal ini siap pada November 2022
  2. Kos pembinaan: RM100,000
  3. Memberi tempat tinggal kepada imam dan bilal untuk menggerakkan aktiviti masjid secara konsisten.


🔨 Fasa 3: Pusat Komuniti (Dalam Perancangan – Mohon Sumbangan DANA)

  1. Ruang pelbagai guna untuk kelas, aktiviti komuniti dan program pembangunan insan.
  2. Memerlukan sumbangan dana untuk dimulakan.


🏀 Fasa 4: Pusat Sukan (Dalam Perancangan – Mohon Sumbangan DANA)

  1. Fasiliti sukan untuk anak-anak muda & aktiviti riadah masyarakat.


🤝 Seruan Sumbangan

HCF mengajak orang ramai untuk bersama-sama merealisasikan projek ini sebagai saham akhirat kita semua.

Mari kita bantu saudara baru kita mendapat tempat yang selesa untuk belajar, beribadah dan membina kehidupan baru sebagai Muslim.


Loading....


MYR