Loading....

Pembayaran Deposit

Pembayaran Deposit

Baca arahan di bawah terlebih dahulu:


Terma & Syarat Tempahan

Sila baca dengan teliti sebelum membuat tempahan


UMUM

  1. Tempahan minimum 2 orang untuk group mix.
  2. Solo traveller dikenakan caj tambahan RM500.
  3. Caj tambahan tidak dikenakan sekiranya solo traveller dipadankan dengan solo traveller lain.
  4. Kanak-kanak & infant berkongsi katil dengan ibu bapa/penjaga. Jika kanak-kanak memerlukan katil sendiri bayaran adalah harga penuh dewasa.


PENOLAKAN INSURANS PERJALANAN PERIBADI (PERSONAL TRAVEL INSURANCE WAIVER – IF ANY)


  1. Pihak AFS Vacation Sdn Bhd telah menasihatkan pelanggan supaya mengambil insurans perjalanan peribadi bagi perlindungan sepanjang tempoh perjalanan.
  2. Pelanggan memahami bahawa perjalanan melibatkan risiko termasuk tidak terhad kepada kemalangan, kecederaan, masalah kesihatan, kehilangan bagasi, kelewatan atau pembatalan penerbangan, serta kehilangan dokumen perjalanan.
  3. Jika pelanggan tidak dilindungi oleh mana-mana syarikat insurans, pelanggan bersetuju untuk melepaskan AFS Vacation Sdn Bhd, termasuk pengarah, pengurusan, kakitangan, tour leader, ejen dan rakan kerjasama daripada sebarang liabiliti, tuntutan, kerugian atau tindakan undang-undang.
  4. Segala kos perubatan, rawatan kecemasan, kemasukan hospital, pemindahan kecemasan dan kos berkaitan adalah tanggungjawab sepenuhnya pelanggan.


PEMBATALAN & BAYARAN BALIK (CANCELLATION & REFUND POLICY)


  1. Bayaran pendahuluan (deposit) adalah tidak boleh dikembalikan (non-refundable).
  2. Setiap bayaran trip perlu diselesaikan dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh berlepas.
  3. Bayaran balik, jika ada, tertakluk kepada terma pembekal seperti hotel, syarikat penerbangan, pengangkutan dan pihak ketiga lain.
  4. AFS Vacation Sdn Bhd berhak menolak sebarang tuntutan bayaran balik yang tidak selaras dengan terma ini.


KEADAAN LUAR KAWALAN (FORCE MAJEURE)


  1. AFS Vacation Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, perubahan, pembatalan, kerugian atau kos tambahan yang berpunca daripada keadaan di luar kawalan termasuk tidak terhad kepada bencana alam, wabak penyakit, cuaca ekstrem, tindakan kerajaan, perubahan polisi imigresen, mogok, perang, atau isu teknikal pengangkutan.


PEMATUHAN UNDANG-UNDANG


  1. Terma dan syarat ini dibuat selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).


Dengan membuat bayaran, menandatangani borang tempahan atau meneruskan perjalanan, pelanggan mengesahkan bahawa beliau telah membaca, memahami dan bersetuju sepenuhnya dengan semua syarat dan terma yang ditetapkan oleh AFS Vacation Sdn Bhd, tanpa sebarang paksaan.


_________________________


Sila masukkan jumlah deposit:


MYR

Subtotal Edit


Total To Pay