CAKNA PALESTIN
601126162010 | [email protected]
BANTU RAMI AWWAD [TB]
Rami Awwad memerlukan bantuan untuk menampung keperluan beliau bersama keluarga, membeli ubat-ubatan bagi kecederaan beliau serta mendapatkan dana bagi menampung rawatan di luar Palestin
Hidup ini perit, namun aku tetap memilih untuk bertahan.
Rami adalah seorang pemuda dari Tebing Barat yang telah dicederakan oleh Z di bahagian kaki dan menyebabkan beliau tidak dapat berjalan dengan sempurna. Beliau tidak mendapat rawatan sewajarnya dan kini bergantung kepada ubat tahan sakit sahaja. Kos rawatan didalam Palestin untuk kes beliau adalah sangat susah. Namun untuk keluar dari Palestin, kos yang diperlukan sangatlah besar.
Rami sangat berbakat dalam melukis dan mencari pendapatan melalui lukisan beliau di TikTok. Bantu beliau dengan membeli lukisan beliau secara maya juga sangat dialu-alukan.
Rujuk lukisan beliau disini:
https://www.tiktok.com/@rami.aawwad/video/7566238957873155346?_r=1&_t=ZS-916wpvH7tFU
Oleh kerana pendapatan beliau sekarang masih lagi belum dapat menampung beliau untuk keluar dari Palestin untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Justeru, Cakna Palestin membuka peluang seluasnya untuk para dermawan untuk membantu beliau mengumpulkan dana untuk membantu beliau mendapatkan rawatan diluar Palestin. Beliau mempunyai ibu bapa, keluarga mertua, isteri dan anak-anak yang masih kecil untuk dijaga.
Sumbangan anda amat bermakna buat Rami dan keluarganya.
Sumbanglah seikhlas hati untuk beliau. Sokonglah beliau di platform tiktok dan juga disini agar beliau dapat terus mencari rezeki buat keluarganya dan anak-anaknya yang masih kecil.
Terima kasih kerana anda telah membaca kisah Rami sehingga perengganterakhir.
Jazakumullahu khair.
Sudah baca, jangan lupa kongsi!
Salam Pembebasan Palestin.
Target: RM 200,000.00
Ends 1 month from now
Total collected until now : RM 1,805.00
0.90%
Subtotal Edit
Total To Pay